View

#3

Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian dari kata-kata dapat di ubah, boleh jugak dilupakan, memberi janji mungkin mudah untuk melupakan. Tapi menerima janji sampai mati di ingati. Ada waktunya janji jugak menjerut hati sendiri, semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai.

#2


Jika kamu memancing ikan.
Setelah ikan itu terlekat di mata kail.
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu.
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu.
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada.
Jangan terlalu mengharap pada takungannya.
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu. 
Apabila sekali ia retak.
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. 
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi.


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan.
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. 
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. 
Sedangkan jika kamu memaafkannya. 
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.
Yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu. 
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.
Kamu juga yang akan menyesal.

#1


  • Kadang-kadang kita lepaskan si dia bukan sebab kita dah tak sayang. Tapi sebab kita sayangkan dia, kita biarkan dia bahagia dengan orang yang dia sayang 

  • Saya mungkin tak sempurna seperti lelaki yang awak pernah cintai. Tapi sementara tunggu kesempurnaan saya, mungkin awak boleh belajar hargai saya?


  • Saya paling sedih bila tengok orang yang saya saya berdampingan dengan orang lain. Saya memang tumpang  gembira jika awak bahagia dengan dia, tapi saya akan lebih bahagia jika orang itu adalah saya        
*Jika berjauhan dengan saya mendatangkan kebaikan untuk awak, tak apa saya redha. Saya tahu saya tak layak di cintai dan di sayangi oleh awak wany hm